..assalamualaikum..
...sblom kita ke entry ..
...inginlah sy mngajak anda meluangkan seminit untuk berdoa kepda saudara kita di GAZA..
" Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di
Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya
Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati
pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu
Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Ya Allah....Amin "
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR
..
...Sayu hatiku bila membca kisah2 yg berlaku di GAZA..
Allahuakbar!!!
..Menitik air mata ini melihat wajah wanita dan lelaki dan anak kecil yang mati syahid. Mereka
adalah penghuni Syurga ALLAH!! ..
..saudara kita disana pakat2 berlumba untuk mnunggu giliran mati syahid..
..tp kita kat sni pakat2 berlumba beratur beli barang israel dan mnyumbang peluru untuk membunuh saudara kita sendiri.. ISH2..
Kekejaman dari syaitan laknatullah . Doa kami bagi mereka yg memperjuangkan agama Allah. semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh kanak2 yg tidak berdosa ini dan yg terkorban dan menempatkan mereka di
Jannatul Ferdous. Al-Fateha....
BOIKOT PRODUK ISRAEL !!!!
Boikot.......Boikot......Boikot....Jom Boikot !!!!
"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh.
Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang
peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai
lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"~~ kata manusia yang
'bijak' pandai.
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar
didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud,
seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi
Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan
dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah
ditertawakan oleh burung2 yang lain.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin
terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa
Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau
tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk
memadamkannya."
Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut,
dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air'
untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita
terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.
Jika ingin dibandingkan
dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang
seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam
goreng dan satu cup pepsi..



Kita di
Malaysia banyakkan lah berdoa, semoga Allah memakbulkan doa kita. Tiada apa
yang kita harapkan di Malaysia kecuali kemenangan di pihak Islam. Kita buka
mata Yahudi Zionist dan Amerika, umat Islam bukan sentiasa boleh dibuli.
Kita
dilalaikan dengan bentuk hiburan, sukan dan permainan sehingga lupa tugas kita
sebagai Hamba Allah yang sejati. Semoga suasana yang berlaku sekarang ini dapat
mengubah minda masyarakat Islam untuk berubah daripada berkiblat kan barat
kepada melaksanakan Islam yang syumul.
Sebenarnya
aku menulis ini pun bukan menunjukkan aku yang terbaik, aku pun dalam
proses untuk memperbetulkan diri sendiri..Moga2 Semangat dah roh Jihad di
sana tersemat di hati umat Islam Msia dan diri aku sendiri..
P/S : #ALLAH BERSAMA KITA #
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA
BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU
DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.
. Titipkan doa untuk GAZA .
❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤