Mrs Popeye


29 years old

friendly, suka senyum


Jan 23, 2013

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan !

..Assalamulaikum..
.. hai..lama x menconteng kat cn kan..hehe xde idea n kekangan masa :) ..
..ni ada idea dh... hehehe jom... isi kandungan sy merujuk title di atas ini .. ^_^ ..

***



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi...

****

semakin kita mencari kesempurnaan,
semakin pula kita x akan mendapatkannya.

kerana sejatinya kesempurnaan hakiki tidak pernah ada kecuali Yang Maha Esa.
Yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan,

Sedari bahaa apa yang kita dapat hari ini adalah yg terbaik menurut ALLAH,
Jangan pernah ragu,kerana kesedaran itu akan mnjadikan kita nikmat menjalani kehidupan..

janglah kamu mencintai seseorang dgn berlebihan
kerana bisa 1 hari nty kamu akan membencinya..

Begitu pula benci..
Janganlah kamu membenci seseorang dengan mendalam.
kerana bisa 1 hari nanti kamu akan mencintainya..

so...think la ye.. nobody perfect :) ..

...

mood : alhmdulillah spnjang di Maakah mood dia okeh.. thanks ALLAH :)


❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤

Dec 27, 2012

somoeone say i like this ^_^

are you ready?
1 2 3 go...
prengg (bunyi gitar okay bukan motor)

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”


Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada



Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



****** 
so cmne cnfirm korang pernah dngar ryte lgu ni??  sgt terharu sbb myBFF give me this song.. ^_^  so happy..yg tak tahan lagu ni mmg like me !! semua tu aku punya ciri ..wuawawa... n.tq myBFF coz u know me ALOT ^_^ .... 
my friends --->  rugi org yg  kamu syg tu tnggal kamu sbb kamu antara 1 dlm sejuta like song kt ats ni..
me ---> errmm nk wt cmne x de jdoh kan..xkn nk pksa2 swoh org nk kt kita plak an..hoho @_@
my friends ---> dont worry be happy..one day kamu akan jmpa guy yg akan mghappykan kamu dan xkn wat kamu menangis lg >.<
me ---> wooooww... amin.. i hope too.. dan i hope sgt2 akan jmpa jejaka itu ^______^

❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤

Nov 20, 2012

Pray 4 GAZA !!

..assalamualaikum..
...sblom kita ke entry ..
...inginlah sy mngajak anda meluangkan seminit untuk berdoa kepda saudara kita di GAZA..
‎" Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Ya Allah....Amin "
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR

..
...Sayu hatiku bila membca kisah2 yg berlaku di GAZA.. 
Allahuakbar!!!

..Menitik air mata ini melihat wajah wanita dan lelaki dan anak kecil yang mati syahid. Mereka 

adalah penghuni Syurga ALLAH!! ..












..saudara kita disana pakat2 berlumba untuk mnunggu giliran mati syahid..
..tp kita kat sni pakat2 berlumba beratur beli barang israel dan mnyumbang peluru untuk membunuh saudara kita sendiri.. ISH2..

Kekejaman dari syaitan laknatullah . Doa kami bagi mereka yg memperjuangkan agama Allah. semoga Allah

 mencucuri rahmat ke atas roh kanak2 yg tidak berdosa ini dan yg terkorban dan menempatkan mereka di 

Jannatul Ferdous. Al-Fateha....



BOIKOT  PRODUK ISRAEL !!!!

Boikot.......Boikot......Boikot....Jom Boikot !!!!

"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"~~ kata manusia yang 'bijak' pandai.

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi..




Kita di Malaysia banyakkan lah berdoa, semoga Allah memakbulkan doa kita. Tiada apa yang kita harapkan di Malaysia kecuali kemenangan di pihak Islam. Kita buka mata Yahudi Zionist dan Amerika, umat Islam  bukan sentiasa boleh dibuli.
Kita dilalaikan dengan bentuk hiburan, sukan dan permainan sehingga lupa tugas kita sebagai Hamba Allah yang sejati. Semoga suasana yang berlaku sekarang ini dapat mengubah minda masyarakat Islam untuk berubah daripada berkiblat kan barat kepada melaksanakan Islam yang syumul. 
Sebenarnya aku menulis ini pun  bukan menunjukkan aku yang terbaik, aku pun dalam proses untuk memperbetulkan diri sendiri..Moga2 Semangat  dah roh Jihad di sana tersemat di hati umat Islam Msia dan diri aku sendiri..



P/S : #ALLAH BERSAMA KITA #
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

. Titipkan doa untuk GAZA .



❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤