Mrs Popeye


29 years old

friendly, suka senyum


Sep 23, 2010

..Amah Indonesia Bagi Bayi Minum Susu Campur Air Kencing..


Amah Indonesia Bagi Bayi Minum Susu Campur Air Kencing






HONG KONG :
Seorang amah dari Indonesia dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana memberi minum anak majikannya susu yang dicampur dengan air kencing.

Tujuannya bukan ingin memudaratkan anak itu tetapi  kepercayaan sesetengah orang luar bandar di Indonesia amalan ini boleh membuatkan anak jagaan akan patuh dan rapat dengan penjaganya.
Pembantu rumah itu, Purwanti, 24, memasukkan air kencingnya ke dalam susu rumusan tersebut kerana berpegang kepada kepercayaan tradisi masyarakat luar bandar Indonesia bagi membolehkan bayi patuh dan rapat dengan penjaganya, kata mahkamah.

Purwanti mengaku bersalah di atas kesalahan memberikan bahan berbahaya dengan niat untuk mencederakan dan hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Timur Hong Kong semalam, lapor akhbar dalam talian, South China Morning Post hari ini.

Dia ditahan pada Februari lalu setelah majikannya menyedari susu yang disediakan berwarna kuning dan berbau busuk.

Bayi berkenaan sudah pun meminum susu rumusan itu sebanyak 130 mililiter.
Purwanti membuat pengakuan menambah air kencingnya ke dalam susu itu, namun peguamnya mempertikaikan dia tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kemudaratan dan hanya mengikut adat resam masyarakat luar bandar Indonesia.

Bayi itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan, kata laporan itu.



.....@nda pulak bag@imana,....eeee...d@h nak termuntah hijau pabila memb@ca Artikel ini....j@di berjaga2lah utk sesiapa yg nk amek pembantu indon......uweeeekkkkkk...slpas membaca.....huhuuhhu....

❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤

0 info ged!k: