Mrs Popeye


29 years old

friendly, suka senyum


Sep 22, 2010

...Hid@ng@n Pencuci Mulut.....selAM@t MENj@mu SelerA......


Puding Lapis Kacang Merah



Bahan A:
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuning
Sedikit garam
Bahan B
10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah
Cara Menyediakan:
1, Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.
2. Sebelum dituang ke dalam bahan A, kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat.


Jeli Bersagu


Bahan-bahan:
(Lapisan Bawah)
50 gm kristal jeli perisa ceri
2 cawan air panas
(Lapsan Atas)
1 sudu besar sagu - disiram air agar kembang
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu kecil tepung kastard
3/4 cawan gula
Cara Menyediakan:
1. Kristal jeli dikacau dengan air panas sehingga larut, kemudian dituang ke dalam acuan atau gelas koktel. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Setelah agar-agar beku, baru sediakan bahagian sagu. Masak sagu dengan air hingga jernih.
3. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tidak berketul sebelum dicampurkan dengan gula dan susu cair, kemudian tuangkan ke dalam sagu. Kacau hingga gula larut, dan angkat. Tambah air jika terlalu pekat.
4. Setelah masak, tuangkan ke atas jeli.

Jeli Kopi



Bahan-bahan:
50 gm agar-agar
3 liter air
700 gm gula
200 gm susu pekat manis
100 gm pes kopi
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu, manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi (cerah).
4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat.
4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Talam Tako



Bahan-bahan:
(Bahagian Putih)
50 gm tepung green pea
100 gm gula kasar
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan
Secubit soda bikarbonat
Secubit garam
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Bahan-bahan:
(Bahagian Hijau)
100 gm tepung green pea
200 gm gula kasar
5 cawan air daun pandan
Secubit soda bikarbonat
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Cara Menyediakan:
1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana.
2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong.
Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih.

❤~Thanks for reading Coretan Hatiku~❤

0 info ged!k: